Pages

Tuesday 9 April 2013

Kerana Cinta Manusia Berkorban Dan Terkorban




Apabila kita jatuh cinta kepada seseorang apa yang perlu kita lakukan? Perlukah kita meluahkannya atau pendamkan sahaja? Atau memberikan isyarat-isyarat tertentu kepada si dia agar dia tahu? Dalam soal hati ini banyak perkara yang perlu diperhatikan. Kita perlu memikirkan implikasi yang mungkin berlaku jika kita melaksanakan sesuatu tindakan. Jika begini, maka bagaimana,, jika begitu apa kesannya.

Pasti, semua orang di dunia ini mahukan kebahagiaan. Bukankah cinta itu boleh menjadi sumber kebahagiaan dan ketenangan. Saya inginkan cinta yang sejati, saya inginkan cinta yang diredhai Illahi, saya ingin cinta yang matang. Anda juga begitu bukan? Bagi sesetengah orang, begitu panjang masa yang diambil untuk memahami cinta yang sejati. Dalam proses mematangkan cinta, entah berapa banyak hati yang terluka dek kerana kegopohan kita. Saya selalu terfikir, saat ini adakah saya sudah cukup matang dalam membuat penilaian? Mungkin ya mungkin tidak.

Apabila kita jatuh cinta pastikan perasaan itu benar-benar wujud dan bukan mainan perasaan. Ambillah masa untuk mengenali si dia. Kenali juga rakan-rakannya supaya kita dapat menilai peribadinya. Begitu juga apabila ada orang approach kita. Jangan terus setuju. Belajar tekan butang pause dan ambil juga masa untuk mengenalinya. Jangan hanya kerana dia tu hensem atau cantik terus kita setuju. Lumrah manusia sukakan yang cantik-cantik yang ganteng-ganteng. Tapi kalau semua orang nak yang hensem dan cantik je habislah yang kurang rupa paras tak kahwin-kahwin. Tak gitu?




cinta nan cuci



Alhamdulillah Allah itu Maha Adil. Ada orang jatuh cinta bukan kerana paras rupa semata-mata. Kadang-kadang kerana senyumannya, akhlaknya, kepimpinannya, dan macam-macam lagi yang kita tak terfikir. Elok di mata kita tak semestinya elok di mata orang lain. Soal jodoh ni begitu ajaib. Ajaibnya sampai kadang kita kata ''biar betul ni suami dia''? ""Ni isteri dia ke''? hah!?''.... betul tak? Sebab tu saya kata jodoh ni ajaib. Apa yang pasti wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.

Ramai manusia menjadi korban cinta. Apa saja sanggup dilakukan demi cinta. Kata orang, kerana cinta lautan sanggup diredah, gunung sanggup didaki malah api pun sanggup dihadapi. Tiada masalah. Seorang anak sanggup mengikuti kekasihnya, lari dari keluarga, lupa mak ayah yang membesarkannya. Apabila sudah merasa susah hidup di tempat yang asing barulah terhegeh-hegeh hendak pulang ke tempat asal. Keluarga yang pernah dibuang dirayu supaya diterima kembali. Ketika itu kekasihnya pula berlepas tangan. Cintanya sudah pudar. Tiada lagi cerita laut, api, gunung. Semuanya dusta.

Para sahabat radiAllahuanhum ajmain begitu mencintai Nabi s.a.w. Sanggup bergadai nyawa dan harta kerana mengikuti perjuangan Nabi membawa islam. Cinta mereka bukan kerana kepentingan. Cinta mereka adalah semata-mata kerana Allah dan kerana Nabi itu sendiri. Peribadi baginda yang tiada tolok bandingan dan akhlaknya yang sempurna menjadi ikutan semua orang yang mengharapkan kehidupan akhirat.


 Pernahkah anda pernah mendengar kisah Bilal bin Rabah r.a? selepas wafatnya Rasulullah s.a.w Bilal tidak mampu lagi melaungkan azan hanya kerana mengenangkan baginda s.a.w. Apabila sampai kalimah ''Asyhaduanna Muhammadar Rasulullah'', Bilal akan jatuh. Bilal tidak mampu teruskan kerana terlalu sedih.

Jika kita hayati kisah itu kita akan turut menangis. Ia begitu sayu. Begitu sekali kerinduan dan kecintaan mereka kepada Nabi. Aduhai manusia jenis apakah ini yang begitu dicintai manusia seluruhnya! Banyak lagi kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan para sahabat r.a. yang tercatat didalam sirah nabawiyyah. Begitulah cinta. Kerana cinta manusia berkorban dan terkorban






Salah ke jatuh cinta? Salah ke mencintai seseorang? TAK SALAH. Cara kita mempersembahkan cinta kita itu kadang-kadang yang salah. Boleh jadi waktu kita melafaz cinta itu tidak kondusif, dalam keadaan kita masih belajar dan di bawah tanggungan ibubapa, saya kira tidak sesuai . Kita selalu gopoh. Baru bercinta sudah ber 'abang-sayang'. Tak cukup dengan tu, ada juga yang sudah ber 'mama-papa'. Ada lagi yang pergi lebih jauh yang sudah ringan-ringan, berat-berat. Cinta caca-merba yang dibayangi nafsu. Apa yang kita harap dengan hubungan seperti itu??
.
Jika terlalu banyak memberi cinta bimbang selepas kahwin sudah tidak ada cinta. Cinta yang manis menjadi tawar. Jika ada pun cinta yang tidak ikhlas. Saya melihat sendiri bagaimana nasib isteri yang tidak dipedulikan suami. Puncanya terlalu lama berkapel sebelum berkahwin dan selepas berkahwin sayang itu diberi pula kepada wanita lain. Habis madu sepah dibuang.




saling menasihati


Jatuh cinta pada insan yang istimewa membuatkan kita sentiasa ingin memperbaiki diri dan bermuhasabah. Si dia membuat kita lebih menghargai cinta kerana cintanya yang begitu mahal. Si dia mengubah pandangan kita tentang cinta tanpa dia sedar. Cinta,,cinta.. indahnya cinta itu. Ia suatu perasaan yang indah yang sukar diucapkan dengan kata-kata. Ia bukan perasaan yang dibuat-buat. Ia tidak boleh dijual-beli. Ia hadir dalam diri insan tanpa diminta. Hadirnya mengubat hati mengisi sepi, memberi sejuta bahagia, mengubah wajah yang muram menjadi riang. Dalam hubungan perlu jujur dan saling percaya, saling membantu dan menyokong. Kerana kasih, kita ingin melihat dia berjaya dalam pelajarannya, kehidupannya dan apa saja perbuatannya dimudahkan Allah.



Cinta itu fitrah



Ada orang yang berkali-kali bercinta. Percintaannya selalu menemui jalan buntu. Daripada satu orang dia pergi kepada orang yang lain. Tak pernah serik. Jadi berhati-hati lah dalam memberi hati. Kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Berilah hati itu pada yang benar-benar layak.

Kesimpulannya, kita semua perlu mempunyai perancangan! persiapan! Kita menyiapkan diri serba-serbi daripada ilmu agama, kekeluargaan, tarbiyatul aulad, kewangan, dan emosi agar dapat kita melafazkan 3 perkataan 'keramat' ini selepas kita melafazkan akad nikah, dengan hati yang tenang bersama redha Illahi!



romantik kan..







4 comments:

  1. terasa entry yg ni comell..hehe

    ReplyDelete
  2. oh yeke. sbb banyak pic yg comel2 biha.

    ReplyDelete
  3. 9 april? amboi, tengah mood exam lagi kan mase tu. sempat pulak update blog. CINTA pulak tu

    ReplyDelete
  4. kena pandai bahagi masa. belajar lama2 sgt pun x boleh. so menaip la jawabnya

    ReplyDelete