Pages

Thursday 23 May 2013

ROAD TO 4 FLAT


artikel ini akan ditulis kalau aku berjaya dapat 4 flat utk semester ni. Insyaallah

Beberapa bulan kemudian..

Assalamualaikum. Result exam dah pun keluar beberapa minggu yang lepas. 4 flat ke? haha. Dukacita belum dapat 4 flat dan ,sukacita result aku lebih baik daripada sem lepas. Alhamdulillah. Walaupun tak capai target aku tetap rasa nak tulis. ade sikit yang aku nak kongsi. Sebenarnya aku rasa sem ni (sem 4) la yang paling berpotensi untuk dapat 4 flat. Sebab ape aku cakap macam tu :

1. Cuma 5 paper exam berbanding 7 masa sem-sem lepas
2. Xde paper BEL
3. Tak pegang ape-ape jawatan dalam persatuan

Tapi, jangkaan aku meleset. Cuma 1 atau 2 subjek yang aku konsisten. Paling x best aku dapat carry mark yg paling rendah dalam beberapa subjek berbanding sem-sem lepas. This is unpredictable. Test-test yang terakhir banyak yang aku x skor. kat sinilah banyak markah hilang. Masa ni pulak kawan rapat aku skor hampir semua test-test yang terakhir, x nak lah ketinggalan. Biar seiring dan sejalan.
A little bit pressure there.

jangan kecewa


Exam sebenar makin hampir. Aku x pandang  belakang dah. Biarlah carry mark tu. Peluang masih terbuka Untuk setiap carry mark yang 40%, aku ada lagi 60% untuk tampung kepincangan carry mark yang x mencapai target. Aku optimis, usaha dilipatgandakan. Fikiran sentiasa positif. Peluang masih ade. 50:50


pulun2


Akhirnya hari peperiksaan tiba. Semua paper dijawab dengan tenang walaupun ada sedikit ralat. Setiap kali keluar kelas exam, muka kena cool. Ade kawan-kawan tanya paper tadi macam mane, susah ke, boleh jawab ke. Aku senyum je, Aku jawab boleh,,ok,, walaupun kdg2 rasa macam tak boleh dan x ok. Ni kan mainan psikologi je. Nak bagi sedap hati, x nak rase down punya pasal. Lagipun, jawab memang boleh, betul ke tak tu yang tak tahu. Dan satu lagi sebab yang kuat untuk aku rase tenang, aku dah usaha dan ikhtiar yang terbaik untuk semua paper. Keputusannya serah pada Allah Azza wa Jalla.

Hari result keluar, check result..Alhamdulillah. Walaupun tak 4 flat adelah penambahbaikan dalam subjek-subjek yang pada mulanya kurang baik. Kalau aku mengaku kalah awal, memang semester ni jadi semester paling teruk. Seperkara lagi, kita mesti bersyukur atas apa yang kita dapat. Kita usaha bukan x usaha tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Aku cuma nak cerita jangan putus asa dan sentiasa berfikiran positif dan.. bersangka baik pada Allah.

Aku bukan tak dapat 4 flat, tapi belum dapat 4 flat. Misi ini diteruskan pd baki 2 sem yang akan datang. Dengan strategi baru, harapan baru,
Sem 5 aku datang.
INI KALILAH!


Tuesday 9 April 2013

Kerana Cinta Manusia Berkorban Dan Terkorban




Apabila kita jatuh cinta kepada seseorang apa yang perlu kita lakukan? Perlukah kita meluahkannya atau pendamkan sahaja? Atau memberikan isyarat-isyarat tertentu kepada si dia agar dia tahu? Dalam soal hati ini banyak perkara yang perlu diperhatikan. Kita perlu memikirkan implikasi yang mungkin berlaku jika kita melaksanakan sesuatu tindakan. Jika begini, maka bagaimana,, jika begitu apa kesannya.

Pasti, semua orang di dunia ini mahukan kebahagiaan. Bukankah cinta itu boleh menjadi sumber kebahagiaan dan ketenangan. Saya inginkan cinta yang sejati, saya inginkan cinta yang diredhai Illahi, saya ingin cinta yang matang. Anda juga begitu bukan? Bagi sesetengah orang, begitu panjang masa yang diambil untuk memahami cinta yang sejati. Dalam proses mematangkan cinta, entah berapa banyak hati yang terluka dek kerana kegopohan kita. Saya selalu terfikir, saat ini adakah saya sudah cukup matang dalam membuat penilaian? Mungkin ya mungkin tidak.

Apabila kita jatuh cinta pastikan perasaan itu benar-benar wujud dan bukan mainan perasaan. Ambillah masa untuk mengenali si dia. Kenali juga rakan-rakannya supaya kita dapat menilai peribadinya. Begitu juga apabila ada orang approach kita. Jangan terus setuju. Belajar tekan butang pause dan ambil juga masa untuk mengenalinya. Jangan hanya kerana dia tu hensem atau cantik terus kita setuju. Lumrah manusia sukakan yang cantik-cantik yang ganteng-ganteng. Tapi kalau semua orang nak yang hensem dan cantik je habislah yang kurang rupa paras tak kahwin-kahwin. Tak gitu?




cinta nan cuci



Alhamdulillah Allah itu Maha Adil. Ada orang jatuh cinta bukan kerana paras rupa semata-mata. Kadang-kadang kerana senyumannya, akhlaknya, kepimpinannya, dan macam-macam lagi yang kita tak terfikir. Elok di mata kita tak semestinya elok di mata orang lain. Soal jodoh ni begitu ajaib. Ajaibnya sampai kadang kita kata ''biar betul ni suami dia''? ""Ni isteri dia ke''? hah!?''.... betul tak? Sebab tu saya kata jodoh ni ajaib. Apa yang pasti wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.

Ramai manusia menjadi korban cinta. Apa saja sanggup dilakukan demi cinta. Kata orang, kerana cinta lautan sanggup diredah, gunung sanggup didaki malah api pun sanggup dihadapi. Tiada masalah. Seorang anak sanggup mengikuti kekasihnya, lari dari keluarga, lupa mak ayah yang membesarkannya. Apabila sudah merasa susah hidup di tempat yang asing barulah terhegeh-hegeh hendak pulang ke tempat asal. Keluarga yang pernah dibuang dirayu supaya diterima kembali. Ketika itu kekasihnya pula berlepas tangan. Cintanya sudah pudar. Tiada lagi cerita laut, api, gunung. Semuanya dusta.

Para sahabat radiAllahuanhum ajmain begitu mencintai Nabi s.a.w. Sanggup bergadai nyawa dan harta kerana mengikuti perjuangan Nabi membawa islam. Cinta mereka bukan kerana kepentingan. Cinta mereka adalah semata-mata kerana Allah dan kerana Nabi itu sendiri. Peribadi baginda yang tiada tolok bandingan dan akhlaknya yang sempurna menjadi ikutan semua orang yang mengharapkan kehidupan akhirat.


 Pernahkah anda pernah mendengar kisah Bilal bin Rabah r.a? selepas wafatnya Rasulullah s.a.w Bilal tidak mampu lagi melaungkan azan hanya kerana mengenangkan baginda s.a.w. Apabila sampai kalimah ''Asyhaduanna Muhammadar Rasulullah'', Bilal akan jatuh. Bilal tidak mampu teruskan kerana terlalu sedih.

Jika kita hayati kisah itu kita akan turut menangis. Ia begitu sayu. Begitu sekali kerinduan dan kecintaan mereka kepada Nabi. Aduhai manusia jenis apakah ini yang begitu dicintai manusia seluruhnya! Banyak lagi kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan para sahabat r.a. yang tercatat didalam sirah nabawiyyah. Begitulah cinta. Kerana cinta manusia berkorban dan terkorban






Salah ke jatuh cinta? Salah ke mencintai seseorang? TAK SALAH. Cara kita mempersembahkan cinta kita itu kadang-kadang yang salah. Boleh jadi waktu kita melafaz cinta itu tidak kondusif, dalam keadaan kita masih belajar dan di bawah tanggungan ibubapa, saya kira tidak sesuai . Kita selalu gopoh. Baru bercinta sudah ber 'abang-sayang'. Tak cukup dengan tu, ada juga yang sudah ber 'mama-papa'. Ada lagi yang pergi lebih jauh yang sudah ringan-ringan, berat-berat. Cinta caca-merba yang dibayangi nafsu. Apa yang kita harap dengan hubungan seperti itu??
.
Jika terlalu banyak memberi cinta bimbang selepas kahwin sudah tidak ada cinta. Cinta yang manis menjadi tawar. Jika ada pun cinta yang tidak ikhlas. Saya melihat sendiri bagaimana nasib isteri yang tidak dipedulikan suami. Puncanya terlalu lama berkapel sebelum berkahwin dan selepas berkahwin sayang itu diberi pula kepada wanita lain. Habis madu sepah dibuang.




saling menasihati


Jatuh cinta pada insan yang istimewa membuatkan kita sentiasa ingin memperbaiki diri dan bermuhasabah. Si dia membuat kita lebih menghargai cinta kerana cintanya yang begitu mahal. Si dia mengubah pandangan kita tentang cinta tanpa dia sedar. Cinta,,cinta.. indahnya cinta itu. Ia suatu perasaan yang indah yang sukar diucapkan dengan kata-kata. Ia bukan perasaan yang dibuat-buat. Ia tidak boleh dijual-beli. Ia hadir dalam diri insan tanpa diminta. Hadirnya mengubat hati mengisi sepi, memberi sejuta bahagia, mengubah wajah yang muram menjadi riang. Dalam hubungan perlu jujur dan saling percaya, saling membantu dan menyokong. Kerana kasih, kita ingin melihat dia berjaya dalam pelajarannya, kehidupannya dan apa saja perbuatannya dimudahkan Allah.



Cinta itu fitrah



Ada orang yang berkali-kali bercinta. Percintaannya selalu menemui jalan buntu. Daripada satu orang dia pergi kepada orang yang lain. Tak pernah serik. Jadi berhati-hati lah dalam memberi hati. Kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Berilah hati itu pada yang benar-benar layak.

Kesimpulannya, kita semua perlu mempunyai perancangan! persiapan! Kita menyiapkan diri serba-serbi daripada ilmu agama, kekeluargaan, tarbiyatul aulad, kewangan, dan emosi agar dapat kita melafazkan 3 perkataan 'keramat' ini selepas kita melafazkan akad nikah, dengan hati yang tenang bersama redha Illahi!



romantik kan..







Monday 18 March 2013

Kembali



Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu


Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi


Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana


Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan


Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuan kupasrahkan
Di hujung penghayatan


FAR EAST

Friday 22 February 2013

Seminar Baitul Muslim 2.0 (part1)


(Sebelum Aku Bernikah)


Persoalan jodoh selalu bermain di minda kita lebih-lebih lagi si teruna dan dara yang masih tercari-cari pasangan. Ada yang memasang impian berkahwin awal, ada yang mahu stabilkan ekonomi dahulu, dan ada juga yang buat tak kisah. Secara peribadi saya merasakan persoalan jodoh ini sangat penting kerana daripada rumah tangga akan lahirlah anak-anak yang jika dididik dengan betul akan menjadi aset kepada kita dunia dan akhirat.

Lihatlah hari ini betapa ramai ibu bapa yang culas dalam memberikan pendidikan islam kepada anak-anak sehingga mereka tidak dapat merasai keindahan dan betapa agama ini begitu bersifat rahmat pada kepada semua.

Persoalannya, bagaimanakah cara untuk mencari kekasih halal menurut garis panduan islam? Seminar Baitul Islam yang diadakan selama 2 hari ini mengupas topik berkenaan mencari jodoh dan melayari rumahtangga mengikut garis panduan islam. Saya akan berkongsi point-point dan perkataan para penceramah. Mungkin ada yang berbeza tetapi tidak mengubah maksud asal mereka. Terdapat juga sedikit penambahan daripada saya untuk memudahkan penyampaian.


Slot 1: CARI JODOH, LANGKAH 1,2,3...
Penceramah: USTAZ PAHROL JUOI

Ahlissunnah Wal Jamaah beriktikad bahawa jodoh setiap orang sudah ditentukan akan tetapi kita masih perlu berusaha mencarinya. Konsep ini juga sama seperti rezeki yang sudah ditentukan, tidak bermaksud ia akan selalu datang dengan sendirinya tetapi setiap individu mestilah berusaha untuk mendapatkannya. Selepas berusaha wajib kita bertawakkal sepenuhnya kepada Allah.

Prinsip dalam pencarian jodoh
Prinsip mencari jodoh ialah cari yang beragama, tetapi bagaimanakah kaedahnya? Disini digariskan 3 kaedah yang bertepatan dengan syariat.

Kaedah 1: Jadikan diri baik dan soleh / solehah
Sebelum kita mencari yang baik, soleh, solehah hendaklah diri sendiri mendahului. Ertinya berusahalah menjadi baik, mudah-mudahan akan mendapat pasangan yang baik juga. Kita perlu sentiasa memperbaiki diri dan berusaha kearah kebaikan. Apalah maknanya jika dapat pasangan yang cantik sedap mata memandang tetapi selalu menyakitkan hati.

Kaedah 2: Dengar nasihat orang yang baik
Mereka ini boleh terdiri daripada sesiapa sahaja samada ibubapa, rakan, makcik, pakcik atau sesiapa sahaja yang kita yakini kesiqahannya(boleh dipercaya), dan mereka memahami kehendak agama. Boleh meminta pendapat dan nasihat daripada mereka tentang pasangan pilihan kita melalui perbincangan. Kita yakin mereka akan berikan yang terbaik buat kita dan tidak akan menzalimi kita

Kaedah 3: Cari dengan cara yang baik/ ikut cara yang baik
Jika kita berkenan kepada seseorang, janganlah secara semberono pergi kepadanya tetapi gunakanlah orang tengah untuk selidik (approach) si dia. Sebagai contoh ibubapa. Selain istikharah perlu juga bertanya kepada rakan-rakan karibnya yang mungkin lebih masak dengan perangai si dia supaya kita tidak tertipu dengan keayuan dan kesantunannya apabila berhadapan dengan kita. Satu persepsi dalam masyarakat kita ialah tiada istilah ‘perigi mencari timba’. Situasi ini bermaksud jika ada wanita yang menyatakan hasrat kepada lelaki untuk berumah tangga maka ia kelihatan janggal dan pelik.

Sebenarnya islam membenarkan perkara ini seperti mana yang berlaku kepada isteri Nabi saw, Khadijah bt Khuwailid yang berhasrat agar Nabi saw menjadi suaminya melalui risikan pembantunya. Daripada 13 orang isteri Nabi saw 2 orang daripada mereka telah dijadikan isteri apabila mereka menawarkan diri kepada nabi. Satu perkara yang perlu kita ingat, jangan malu jika kita ditolak kerana kita sedang melakukan kebaikan melalui jalan-jalan yang Allah redha, bahkan melakukan kemungkaran itulah perkara yang memalukan.

Mengikut kajian JAKIM setiap 15 minit satu penceraian berlaku di Malaysia. Kebiasaannya, 5 tahun selepas berkahwin barulah pasangan akan menunjukkan perangainya yang sebenar. Ini adalah detik kritikal dalam alam rumahtangga. Maka, Siapa pasangan kita sebelum berkahwin itu penting tetapi siapa dia selepas kahwin itu jauh lebih penting. Buat preparation jika tidak mahu correction. Cinta yang memulakan perkahwinan tetapi tanggungjawablah yang menyempurnakannya. Ketika cinta sakit, tanggungjawablah yang menyebabkan rumahtangga itu bertahan sehingga cinta pulih.





Ustaz Pahrol Juoi



Slot 2: Pengurusan Jiwa
Penceramah: Ustaz Ridhauddin Salleh

Dalam slot ini, Ustaz Ridhauddin menerangkan perbezaan antara lelaki dan perempuan dari sudut psikologi. Amat penting untuk seorang suami memahami psikologi atau nature isterinya supaya dapat mengelakkan situasi yang tegang berlaku. Umpamanya wanita secara naturenya apabila pergi ke pasaraya akan menjadi rambang mata walaupun niat asal hanya hendak membeli satu atau dua barang. Maka disini seorang suami perlu memahami emosi seorang isteri dan begitu juga sebaliknya

Sebahagian lelaki dari sudut naturenya tidak setia akan tetapi islam dengan keindahan dan disiplinnya telah mensetiakan ramai lelaki. Para suami yang memahami kehendak agama tentu tidak sewenang-wenangnya memperlakukan isterinya sedemikian rupa. Kesimpulannya sang suami beri syurga kepada suami dan isteri beri taat kepada suami.



Ustaz Ridhauddin  Salleh
.

Seminar Baitul Muslim 2.0 (part2)





Slot 3- Fulus oh fulus
Penceramah- Tuan Suzardi Maulan

Apabila berbicara soal perkahwinan tidak dapat tidak, duit merupakan hal yang besar untuk difikirkan. Maklum saja kos perkahwinan mutakhir ini yang mencecah belasan malah puluhan ribu ringgit. Sebelum pergi lebih jauh, Tuan Suzardi Maulan yang juga merupakan Perunding Perancng Kewangan Islam menjelaskan asas pengurusan wang iaitulah kita perlu menganggap wang yang kita miliki adalah dari Allah maka segala keluar masuk duit, dimana ia dibelanjakan akan diaudit oleh Allah. Ini penting supaya tidak berlaku pemborosan dan segala perbelanjaan berlaku dengan baik.

Apabila hendak membuat majlis perkahwinan banyak aspek perlu difikirkan. Setiap individu perlu mengukur baju di badan sendiri supaya tidak belaku over bajet dalam majlis itu. Jangan hanya kerana inginkan majlis yang hebat, tetamu yang ramai, lauk yang sedap menyebabkan kita membuat pinjaman kepada bank (along berlesen) lalu menyebabkan kita menjadi hamba kepada bank apabila terpaksa membayar balik pinjaman jauh melebihi kadar yang kita pinjam.

Menurut Tuan Suzardi kenduri kahwin yang biasa-biasa sekarang mampu mencecah sehingga RM50,000. Maka beliau membentangkan bagaimana supaya majlis perkahwinan dapat dilaksanakan dengan kadar bajet di bawah RM10,000. Antaranya hanya menjemput 100 orang tetamu iaitu orang yang benar-benar rapat dengan kita. Dengan jumlah tetamu yang kecil secara automatik khemah, makanan, kad jemputan dan lain-lain dapat dikurangkan dengan drastik. Senang cerita majlis kecil-kecilan. Tidak perlu buat page di facebook untuk menjemput ramai kawan yang kadang-kadang kita tidak berapa kenal pun kerana ia merugikan dan banyak menyebabkan bajet kita lari.

Elakkan membeli rumah terlalu awal jika tidak mampu. Jika beli pun belilah dengan kadar-kadarnya. Semasa 7 tahun pertama bekerja cuba untuk mengelakkan membeli rumah dan kereta yang mahal kerana kita akan menghadapi hutang yang banyak. Apabila habis semua hutang kereta yang dan rumah, maka dicadangkan suami dan isteri setiap seorang membeli sebuah rumah bukan untuk diduduki tetapi disewakan atau dijual semula. Ini dinamakan pelaburan hartanah. Selepas daripada itu, apabila sudah stabil, maka belilah sebuah rumah idaman kita tak kira besar mana asal anda mampu.

Untuk memudahkan kita, buatlah proposal iaitu plan perkahwinan yang dirancang dengan baik, untuk meyakinkan ibubapa  dan ibubapa mertua kemana hala tuju kita semasa dan selepas berkahwin supaya mereka tidak ragu-ragu dengan keupayaan kita dan menunjukkan betapa kita serius untuk berkahwin dengan anak mereka.

 Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web Tuan Suzardi Maulan. Banyak informasi menarik yang anda tentu mahu tahu.





Tuan Suzardi Maulan



Slot 4- Sebelum Aku Bernikah
Penceramah- Hilal Asyraf

Slot ini lebih kepada pengalaman dan perkongsian Hilal Asyraf sepanjang pertunangan sehinggalah beliau berkahwin  

Masyarakat telah disalahtafsir tentang apa itu cinta oleh media-media arus perdana yang mempromosikan cinta mengikut acuan barat. Ramai orang mungkin menanggap berpelukan, bercumbuan tanpa pernikahan yang sah, maka itulah cinta. Inilah bahana yag dibawa kepada kita, ia merosakkan ramai anak muda dan tidak membawa keuntungan kepada islam. Malang juga bagi sebahagian orang islam yang agak ortodoks apabila berbicara soal cinta maka jawapannya hanya HARAM HARAM HARAM tanpa mengambilkira perbahasan para Ulama' mengenai cinta yang benar walhal islam tidak datang untuk membunuh naluri insan tetapi ia meraikan fitrah insan melalui jalan-jalan yang diajar Nabi saw iaitu pernikahan.

Kesilapan ramai anak muda kini ialah mereka melafazkan cinta tanpa persediaan. Maka sebelum cinta diungkap buatlah persediaan dari sudut ilmu, material dan fizikal melalui cara yang islam sediakan. Cinta yang benar itu membawa ke syurga, jika benar sesorang mencintai kita dia tidak akan mencelaka kan kita dan menjerumuskan kita dalam neraka melalui jalan-jalan yang batil.






Hilal Asyraf


Kesimpulan

Setelah mendapat pencerahan dari para penceramah, secara keseluruhan dapatlah saya katakan bahawa persediaan diri dari sudut ilmu, kewangan dan fizikal amat penting untuk kita ‘berbaitul muslim'. Anda perlu  keluarkan plan perbelanjaan perkahwinan sendiri dan pastikan plan itu akan menjadi sebuah plan yang bijak, cermat dan mesra orang muda. Kalau nak kira pandangan masyarakat, buat grand-grand mereka kata membazir, buat kecil-kecilan mereka kata macam tak ikhlas, sudahnya anda yang nak kahwin bukan mereka. Buatlah macamanapun selagi majlis kita patuh syariat. Saya tidak dapat membentangkan kesemua point penceramah atas kelemahan saya. Jika ada yang tersalah mohon dimaklumkan. 

Tuesday 22 January 2013

Erti Sahabat


Hari ni aku ada test dengan kuiz. Alhamdulillah kedua-duanya dah dijawab dengan baik. Syukur ya Allah. Jika ada test exam atau kuiz, aku akan buat yg terbaik. Persediaan akan dibuat awal. Soal markah serah pada Allah. Jika kita belajar kerana-Nya, insyaAllah tidak timbul soal tidak puas hati dengan markah. Niat perlu diperbetulkan. maintenance juga perlu. Soalnya kita tahu kita dah usaha sebaik mungkin. Jika Allah beri keputusan yang baik kita bersyukur, jika sebaliknya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.


Alhamdulillah aku dikurniakan kawan-kawan yang baik. Kami banyak berbincang. Santai, kadang-kadang serius adakalanya tegang Macam-macam topik. Dari kawan kelas, politik, sukan, agama, wanita pilihan (isteri) dan yang aku paling suka topik sahabat. Falsafah dalam persahabatan. Kami bezakan antara kawan dan sahabat. Walau dari segi makna sama tetapi penghayatannya berbeza. Bagi kami kawan boleh dapat di mana-mana. Jika kita pandai bermesra dan bergaul ramailah kawan. Tapi sahabat lain. Sahabat, tahu menjaga hati , ucapannya menyenangkan hati, sahabat ada di sisi ketika susah, sahabat tempat kita berkongsi suka dan duka, sahabat menutup aib kita.



ciri-ciri sahabat sejati



Sebelum tu, perlu dijelaskan Allah tempat kita bergantung segala sesuatu. Jika kita ada masalah sedih dan sebagainya, maka pertamanya Allah adalah selayaknya tempat kita mengadu dan meminta. bertawakkal dan berharap. Bukan kawan, sahabat bahkan ibubapa sekalipun. Namun, tiada salahnya meminta pertolongan insan, jika lisan kita berbicara sedangkan jantung hati kita tetap berharap pada Allah. Balik kepada topik sahabat. Ada satu istilah yang aku nak kongsi yang kami panggil. 'kekosongan dalam hati'. Ya ada banyak ruang dalam hati kita, maksud aku ruang kasih sayang. 



Kita saling memerluk
Kami berbincang lagi. kita fokus pada ruang wanita dan sahabat dalam hati. Sebenarnya ini soal couple, lelaki dan wanita berpacaran. Jika sahabat tidak mengisi ruang ini maka yang lain akan mengambil alih. Maksudnya kalau kita rapat dan bersahabat dengan kawan kita tentu soal couple ini boleh dielakkan. memang ruang utk wanita dan lelaki berbeza tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengalihkan perhatian diri dan sahabat kita dari terjebak. Kita tidak mengambil berat (caring), tidak bermesra dan bertanyakan masalah dengan sahabat maka jadilah perkara ni. Ini salah satu faktor dan banyak lagi faktor lain. Maka, jika ada dalam kalangan kami bercouple kami mungkin gagal dlm menjalankan peranan sebagai sahabat. Jadi, salahkan diri sendiri.




Perbincangan kami semakin hangat. Bila tiba masanya nanti kita akan tetap berkasih sayang dengan wanita yang bergelar isteri. Sewajarnya orang yang Bercoupel ini bertanya pada diri dan pasangan kemana hendak dibawa hubungan mereka. Tanyalah pasangan anda. Adakah sekadar melayan perasaan, mengisi kekosongan? Atau diakhiri dengan perkahwinan? Atau lebih teruk lagi tempat untuk melempiaskan nafsu? Soal perasaan tidak boleh dibuat main. Kalau serius pun adakah kita sudah mengambil kira redha Allah dalam hubungan itu? Kita tidak mahu habis madu sepah dibuang. Lihat sekeliling anda. Ambil iktibar. Ada banyak perkara tidak selesai lagi. Hold dulu, tiba masa kita tetap akan berkasih sayang dengan wanita yang halal. InsyaAllah. Cukup sekadar ini. Ini hanya pendapat. Anda boleh setuju atau tidak. Jika ada tersalah mohon beri teguran. Sekian.




cinta halal selepas kahwin