Pages

Saturday 15 September 2012

Tahniah Sahabat-Sahabatku!




Minggu ni sekali lagi aku kebosanan di Kolej. Classmate ramai yang balik kampung walaupun cuti hanya 3 hari. Housemate pun sama 2 x 5. Aku decide nak stay kat Pilah ni sebab kat rumah memang tidak boleh dijamin kualiti masa. Tv, astro, PS2, streamyx menanti di rumah. Kadang-kadang boleh jadi sebab kita lalai. Apapun, semua tu bergantung pada diri sendiri sebenarnya. Sampai satu tahap kita inginkan jadual yang sibuk dan urusan yang banyak bila masa free kita diisi dengan perkara yang lagha lagi tidak bermanfaat. Demikian juga manusia yang selalu nak menghargai sesuatu jika ia sudah tiada namun lupa untuk menikmatinya semasa ia masih ada.




Mengejar Cita-Cita

Malam ni aku terima satu lagi berita baik dari group Kelas 3 Taat 2007 (facebook). Seorang demi seorang kawan lama dapat tawaran belajar ke oversea. Eropah, timur tengah, china, India semua sudah ditawan. Mereka ini pergi dengan misi untuk mengejar cita-cita dalam bidang masing-masing. Terbaru, seorang rakan perempuan (form1-form 3) dapat tawaran ke Manchester. Bertambah lebarlah senyuman ustazah Rafizah, guru kelas kami lepas ni melihat bekas anak-anak muridnya berjaya  =) . Tapi,  masih belum berkesempatan tanya course apa kerana penerbangannya malam ni. Kadang-kadang aku sendiri terkejut dengan prestasi semasa kawan-kawan lama ni. Dulu kat sekolah tidak menonjol dari segi pelajaran tapi sekarang tengoklah hasilnya. Segala penat lelah mereka terbalas.

Aku tahu bukan mudah untuk konsisten dalam pelajaran. Kadang di atas kadang di bawah. Ini juga menjadi bukti usaha melebihi segala-galanya. Dulu selalu orang sebut bila ayahnya doktor, anak mesti pandai juga. Bila mak lecturer anak pun mesti mewarisi kehebatan ibunya. ‘’mestilah dia pandai tengoklah bapak dia kerja apa,, baka baik tu’’. Tidak semestinya! Gaya fikir semacam ini boleh membunuh keyakinan kita pada kemampuan dan kebolehan diri sendiri. Adakah mungkin hanya goyang kaki boleh skor highest mark? Atau kerap kali tidur, main game, tengok movie (korea, k-pop dan lain-lain pop) yang berlebihan masih lagi boleh cemerlang bila setiap kali test, quiz dll? Bahkan orang yang dikatakan baka baik itu sendiri selalu usahanya melebihi kita bila tiba exam. 




 Pelik

Bertambah hairanlah aku dengan satu golongan yang cemerlang atau skor dalam mana-mana test bila ditanya rahsianya maka jawapan yang diberikan mereka suam-suam kuku je. Bila kita tanya ‘’macamana kau skor, boleh bagi tips tak’’? Maka sambil tersenyum kambing dia menjawab ‘‘’rahsianya ialah banyak tido’’,  atau bila ditanya rahsianya dapat 9A dalam SPM maka dijawabnya ‘’Nasib je tu, aku dulu banyak ponteng kelas, main-main, selalu kutuk cikgu hahaha’., Ada diantaranya bila kita siasat rupa-rupanya soalan pastyears sudah dijawab sebelum test sebenar berlaku. Itulah tipsnya!  Sudah la tak beri jawapan yang jujur, dosa-dosanya juga disebut dengan rasa bangga. Apakah mungkin perkara semacam ini boleh berlaku? Main-main, banyak tidur tiba-tiba skor dengan cemerlang. Sepanjang pengalaman aku perkara yang semacam ini (pandai semulajadi) hanya aku temui masa kat PASUM dulu. Itupun aku tahu perwatakannya yang warak, merendah diri, faham agama. Mungkin dengan sebab itu Allah bagi banyak kelebihan padanya. Tapi ini kes rare, jarang-jarang berlaku. Namun adapun species yang ‘tidak jujur’ yang aku sebut di atas tidak termasuk dalam kes budak PASUM tu.

 Sepatutnya bila ditanya berilah jawapan yang baik. Boleh dimanfaatkan oleh yang bertanya. Jawablah begini ‘’fokus dalam kelas, buat tutorial, selalu bertanya pada lecturer, cukup tidur’’ dan lain-lain lagi tips yang korang ada. Seandainya benar seperi yang dikatakan iaitu selalu mengutuk cikgu, ponteng kelas dan lain-lain kejahatan, maka kita bimbang itu adalah istidraj. Kejayaan yang Allah beri itu tidak diberkati dan akan menjauhkan empunya diri daripada Allah! Adapun tips-tips diatas ini juga menjadi tips orang lain yang namanya Ah Chong, Siva, Raja. Itu lah sunnatullah. Perkara tabii di alam ini yang sudah Allah tetapkan. Dengan sifat Ar-Rahman-Nya, sesiapa berusaha dia akan dapat tidak kira bangsa apa, keturunan atau agama. Maka menambah kebijaksanaan kita sebagai umat islam tambahlah jawapan anda iaitulah ‘’banyakkan berdoa, jaga solat,tawakkal, jaga hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia.. dan sebagainya. Sifat Ar-Rahim Allah tidak diberikan kepada bukan islam. Inilah kelebihan kita yang tidak ada pada Ah chong, Siva atau Raja. Kita ada Allah, tempat bergantung segala sesuatu.




Harapan

Dalam kegembiraan rakan-rakanku yang sudah separuh jalan dari cita-cita, aku sedikit berdukacita. Aku masih di sini. Namun, bukanlah jaminan kejayaan apabila mempunyai sijil-sijil dan kelulusan yang hebat-hebat belaka. Aku yakin dengan janji Allah. Sesiapa yang beriman dan beramal soleh maka baginya kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Dunia bukanlah segala-galanya. Insan, apabila memandang dunia dari dimensi akhirat tentu akan menemukan ketenangan. Apa sahaja yang kita lakukan jika disandarkan pada Allah Azza Wa Jalla pasti menemukan kejayaan. Ridha Allah kita kejar, itulah kejayaan yang hakiki. Kalian sudah memberi inspirasi pada aku untuk kembali bangkit berjuang di arena ini. Walaupun begitu, aku punya cara tersendiri. Cemerlang dalam pelajaran semata-mata tidak memberi sebarang makna jika kita tidak mempunyai soft skills (kepimpinan, public speaking dll). Ini penting untuk survive di alam pekerjaan kelak. Sedikit sebanyak aku memahami sepak terajang alam pekerjaan. Tanpa kekuatan mental apalah kita. 4 flat semata-mata bukanlah apa-apa...

Wassalam.

1.10 am
16/09/2012

2 comments:

  1. assalamualaikum wbt.
    ada sikit komen nak bagi kat sini.
    mmglah betul kata penulis,
    yg d'tanya tu kenalah jwb dgn jujur.
    tapi kat sini kena ingat,
    yg b'tny pun kenalah bijak sikit soalannya.
    contoh yg penulis bagi, "apa rahsia kejayaan?"
    Allahuakbar, dah namanya rahsia. kejayaan dtgnya dari Allah,
    mestilah rahsianya kat Allah jugak...?
    rahsia kejayaan bukan d'rahsiakan dari yg b'tny aje, tapi jugak dari yg d'tny.
    boleh jadi sbb org tu b'jaya adalah dgn cara belajarnya, cara solatnya, cara tidurnya, cara makannya, dan tak mustahil jugak pertuturannya. malah mungkin tak ada apa pun usaha yg dia buat, tapi Allah nak bagi ujian kat dia, jadi Allah bg kejayaan.

    "(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (30:37)

    tapi rezeki itu urusan Allah, rahsia Allah.

    contoh soalan yg mungkin boleh ditny, "macam mana ya awk study?"
    "awk buat nota ke, baca buku ke, buat latihan ke?"
    kalau soalan mcm ni, senang sikit org tu nk jwb.
    "buat nota, pastu buat latihan." "oo sy tak suka buat nota, sy suka dgr je cikgu ajar"

    dalam kes ni, ada 2 situasi negatif,

    1. orang yang bertanya tak terbuka hatinya
    -contoh org macam ni, kalau dia tny org lain ttg "rahsia kejayaan", dia nakkan jawapan yg jujur. tp bila org dah jwb dgn jujur, dia pulak akan ckp, "hish b'lagak ke apa nak cakap pasal solat tahajjud? kau pikir kau sorang je solat?" jadi, org macam ni lebih baik tak payah tny, buat habis air liur je. dan yg d'tny pun jadi malas nak jawab.

    2. orang yg ditanya tu tak yakin dgn dirinya sendiri.
    -almaklum manusia ni hatinya rapuh. bkn hanya kejian boleh memakan diri, tapi jugak pujian. dia nak cakap bnd yg jujur, contohnya, "jaga waktu solat. jaga hati mak ayah. berkat tu penting, jangan ponteng kelas..." tapi betapa hati dia takut kalau d'usik syaitan. mungkin dgn kata2 yg sikit tu, akan terdetik di hati dia sikit bangga diri. jadi pada dia lebih baik diamkan diri atau hanya, "alhamdulillah, ini semua rezeki."

    jadi sedikit teguran kepada penulis,
    dalam setiap situasi ada berbagai dimensi.
    sudut org ini, sudut org itu.

    boleh jadi pada satu masa, semua org betul. dan boleh jadi pada satu masa semua org salah.

    dalam hal ni, semua terpulang pada yg b'tanya dan pada yang d'tanya.

    yg bertanya :
    -tanya soalan yang objektif, mudah dijawab. jgn tny benda abstrak, macam "rahsia".
    -buka hati terima apa aje jawapan.
    -berfikir baik dgn setiap jawapan yg d'terima.

    yg ditanya :
    -jawab dgn jujur, tapi sentiasa igt Allah penyebab utama kejayaan.
    -jawab dgn niat semoga org yg b'tny tu dpt manfaat dan ambil iktibar. dan utk igtkan diri sendiri jugak.
    -buat apa pikir apa dia nak pikir? jawab jujur kerana Allah.

    "Tinggalkan amal kerana manusia adalah riya',
    buat amal kerana manusia adalah syirik,
    tinggalkan kedua-duanya adalah ikhlas." (Fudhail bin Iyadh)

    semoga komen ini dapat buka hati & minda penulis (:
    sekadar perkongsian pendapat,
    bukannya hukum.
    wa Allah hu'alam.

    ReplyDelete