Hari ni aku ada test dengan kuiz. Alhamdulillah kedua-duanya dah dijawab
dengan baik. Syukur ya Allah. Jika ada test exam atau kuiz, aku akan buat yg
terbaik. Persediaan akan dibuat awal. Soal markah serah pada Allah. Jika kita
belajar kerana-Nya, insyaAllah tidak timbul soal tidak puas hati dengan markah.
Niat perlu diperbetulkan. maintenance juga perlu. Soalnya kita tahu kita dah
usaha sebaik mungkin. Jika Allah beri keputusan yang baik kita bersyukur, jika
sebaliknya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Alhamdulillah aku dikurniakan kawan-kawan yang baik. Kami banyak berbincang. Santai, kadang-kadang serius adakalanya tegang Macam-macam topik. Dari kawan kelas, politik, sukan, agama, wanita pilihan (isteri) dan yang aku paling suka topik sahabat. Falsafah dalam persahabatan. Kami bezakan antara kawan dan sahabat. Walau dari segi makna sama tetapi penghayatannya berbeza. Bagi kami kawan boleh dapat di mana-mana. Jika kita pandai bermesra dan bergaul ramailah kawan. Tapi sahabat lain. Sahabat, tahu menjaga hati , ucapannya menyenangkan hati, sahabat ada di sisi ketika susah, sahabat tempat kita berkongsi suka dan duka, sahabat menutup aib kita.
![]() |
ciri-ciri sahabat sejati |
Sebelum tu, perlu dijelaskan Allah tempat kita bergantung segala sesuatu.
Jika kita ada masalah sedih dan sebagainya, maka pertamanya Allah adalah
selayaknya tempat kita mengadu dan meminta. bertawakkal dan berharap. Bukan
kawan, sahabat bahkan ibubapa sekalipun. Namun, tiada salahnya meminta
pertolongan insan, jika lisan kita berbicara sedangkan jantung hati kita tetap
berharap pada Allah. Balik kepada topik sahabat. Ada satu istilah yang aku nak
kongsi yang kami panggil. 'kekosongan dalam hati'. Ya ada banyak ruang dalam
hati kita, maksud aku ruang kasih sayang.
![]() |
Kita saling memerluk |
Kami berbincang lagi. kita fokus pada ruang wanita dan sahabat dalam hati.
Sebenarnya ini soal couple, lelaki dan wanita berpacaran. Jika sahabat tidak
mengisi ruang ini maka yang lain akan mengambil alih. Maksudnya kalau kita
rapat dan bersahabat dengan kawan kita tentu soal couple ini boleh dielakkan.
memang ruang utk wanita dan lelaki berbeza tetapi sekurang-kurangnya kita dapat
mengalihkan perhatian diri dan sahabat kita dari terjebak. Kita tidak mengambil
berat (caring), tidak bermesra dan bertanyakan masalah dengan sahabat maka jadilah perkara ni. Ini salah satu faktor dan banyak lagi faktor lain. Maka, jika
ada dalam kalangan kami bercouple kami mungkin gagal dlm menjalankan peranan
sebagai sahabat. Jadi, salahkan diri sendiri.
Perbincangan kami semakin hangat. Bila tiba masanya nanti kita akan tetap
berkasih sayang dengan wanita yang bergelar isteri. Sewajarnya orang yang
Bercoupel ini bertanya pada diri dan pasangan kemana hendak dibawa hubungan
mereka. Tanyalah pasangan anda. Adakah sekadar melayan perasaan, mengisi
kekosongan? Atau diakhiri dengan perkahwinan? Atau lebih teruk lagi tempat
untuk melempiaskan nafsu? Soal perasaan tidak boleh dibuat main. Kalau serius
pun adakah kita sudah mengambil kira redha Allah dalam hubungan itu? Kita tidak
mahu habis madu sepah dibuang. Lihat sekeliling anda. Ambil iktibar. Ada banyak
perkara tidak selesai lagi. Hold dulu, tiba masa kita tetap akan berkasih
sayang dengan wanita yang halal. InsyaAllah. Cukup sekadar ini. Ini hanya
pendapat. Anda boleh setuju atau tidak. Jika ada tersalah mohon beri teguran.
Sekian.